
Tentang Kami
Your Total Event Solution sejak 2010
Kisah Kami
Absolute Cool Event (ACE) ialah sebuah pengajur acara
bebas dengan pasukan yang berdedikasi dan berpengalaman.
Sejak tahun 2010, kami telah berjaya merancang dan mengurus pelbagai jenis acara di seluruh Malaysia - termasuk majlis korporat, pameran perdagangan, makan malam bertema, roadshow, dan ekspo berskala besar.
Fokus kami adalah untuk menyediakan penyelesaian acara yang disesuaikan dengan visi setiap pelanggan. Dengan gabungan kepakaran profesional dan sentuhan kreativiti, kami memastikan setiap acara dijalankan dengan sempurna serta meninggalkan kesan mendalam kepada semua tetamu.

Pameran yang Lebih Pintar, Hijau, dan Bertaraf Antarabangsa
Sepanjang tahun, kami terus memperkukuh dan mengembangkan pameran kami agar menjadi lebih pintar, lebih hijau, dan lebih terhubung di peringkat global. Melalui kerjasama jangka panjang dengan pembekal sistem pameran modular antarabangsa dari Changzhou, Jiangsu, China, kami membawakan penyelesaian berkualiti tinggi, boleh dikitar semula, dan mesara alam menjadikan setiap acara lebih lestari dan inovatif.
Kolaj foto tersebut memaparkan momen pertemuan bersemukan bersama pasukan pembekal menunjukkan hubungan kerjasama yang kukuh di sebaik penyelesaian pameran premium kami.

Nilai Kami
Di ACE Events, kami percaya setiap acara layak menerima yang terbaik:




Pencapaian Kami

Salah satu pencapaian yang paling membanggakan ialah ketika kami mengajurkan acara dalamnan berskala besar yang berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records, bagi lukisan mural bertemakan Sarawak terbesar di Malaysia. Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami bukan sahaja dalam mengurus acara, tetapi juga dalam meraikan budaya, kreativiti, dan semangat komuniti.